Sains dan teknologi Korea_Selatan

Aeroangkasa

Korea Selatan telah menghantar 10 satelit ke angkasa sejak tahun 1992, kesemuanya menggunakan roket dan pelantar pelancar luar negara, khususnya Arirang-1 (1999) dan Arirang-2 (2006) dalam usahasama angkasa bersama Rusia.[76] Arirang-1 hilang di angkasa pada tahun 2008, setelah berkhidmat selama sembilan tahun.[77]

Pada April 2008, Yi So-yeon menjadi orang Korea pertama yang terbang di angkasa lepas, dengan menaiki kapal Soyuz TMA-12Rusia.[78]

Pada Jun 2009, pelabuhan angkasa pertama Korea Selatan, Naro Space Center, disiapkan di Goheung,Jeollanam-do.[79]Pelancaran Naro-1 pada Ogos 2009 berkesudahan dalam kegagalan.[80]Cubaan kedua pada Jun 2010 juga tidak berjaya.[81] Kerajaan berancang untuk menyiasat masalah itu dan memajukan Naro-2 menjelang tahun 2018.[82]

Usaha Korea Selatan untuk membina kenderaan pelancar angkasa buatan tempatan terjejas oleh tekanan politik tanpa henti dari Amerika Syarikat yang berpuluh-puluh tahun menghalang rancangan pembangunan roket dan misil tempatan Korea Selatan[83] kerana bimbang akan kemungkinan kaitannya dengan rancangan misil balistik tentera sulit yang berkali-kali ditegaskan oleh Korea bahawa ia tidak menyalahi garis panduan penyelidikan dan pembangunan yang ditetapkan oleh perjanjian antara kedua-dua negara mengenai sekatan ke atas penyelidikan dan pembangunan teknologi roket Korea Selatan.[84]

Robotik

Albert HUBO yang dibangunkan oleh KAIST.

Robotik telah disertakan dalam senarai projek penyelidikan dan pembangunan kebangsaan utama di Korea Selatan sejak tahun 2003.[85] Pada tahun 2009, kerajaan mengumumkan rancangan untuk membina taman tema robot di Incheon dan Masan dengan campuran dana awam dan swasta.[86]

Pada tahun 2005, Institut Sains dan Teknologi Tinggi Korea (Korea Advanced Institute of Science and Technology, KAIST) membangunkan robot manusia berjalan yang kedua di dunia, iaitu HUBO. Sebuah pasukan dalam KAIST membangunkan android pertama di Korea, iaitu EveR-1 pada Mei 2006.[87] EveR-1 telah disusuli oleh model-model yang lebih kompleks dengan pergerakan dan penglihatan yang lebih bagus.[88]

Cadangan mencipta robot pembantu untuk mengajar bahasa Inggeris untuk memenuhi kekurangan guru diumumkan pada Februari 2010. Robot-robot ini dihantar ke prasekolah dan tadika menjelang tahun 2013.[89]Robotik juga diterapkan dalam sektor hiburan; Korean Robot Game Festival diadakan setiap tahun sejak 2004 untuk mempromosikan sains dan teknologi robot.[90]

Bioteknologi

Sejak 1980-an, kerajaan Korea Selatan giat melabur dalam pembangunan industri bioteknologidomestik, dan sektor ini dijangka meningkat ke $6.5 bilion menjelang tahun 2010.[91] Kebanyakan pengeluaran ini dikuasai oleh sektor perubatan yang merangkumi pengeluaran vaksin hepatitis dan antibiotik.

Baru-baru ini, penyelidikan dan pembangunan dalam bidang genetik dan pengklonan semakin menerima perhatian ramai, dengan kejayaan pertama mengklon seekor anjing, Snuppy, dan pengklonan dua ekor serigala betina dari spesies terancam oleh Universiti Kebangsaan Seoul pada tahun 2007.[92]

Pertumbuhan pesat industri ini telah menyebabkan terdedahnya kekurangan etika, seperti yang ditonjolkan oleh kes salah laku saintifik yang melibatkan Hwang Woo-Suk.[93]